HLYM anjur acara Yamaha Motor Show 2015

0
260

Yamaha Motor Show 2015

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) akan menganjurkan acara Yamaha Motor Show 2015, bertempat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur bermula dari 7 – 9 Ogos 2015, dari jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam.

Berdasarkan maklumat daripada ‘flyers’ di atas, terdapat beberapa buah model baharu Yamaha akan dilancarkan sewaktu acara tersebut berlangsung iaitu Yamaha YZF-R1M, Yamaha Super Tenere, Yamaha Tricity, dan mungkin juga kejutan berupa Yamaha 150LC.

Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan untuk para pengunjung ialah pameran motosikal terkini, pameran motosikal lumba, di samping pelbagai persembahan menarik yang lain. Untuk anda, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Yamaha Motor Show 2015.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here