2015 Kawasaki Ninja 300 (RM26,989.00) dan Kawasaki Z300 (RM25,989.00) kini di pasaran Malaysia

0
1123

2015 Kawasaki Ninja 300 (001)

Jika enjin 250cc masih belum mencukupi, berita baiknya ialah Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd kini menawarkan Kawasaki Ninja 300 dan Kawasaki Z300 versi 2015 untuk pasaran tempatan.

Dikhabarkan, kedua-dua model berkenaan dilancarkan secara diam-diam sahaja tanpa sesi pelancaran rasmi, dan dijual pada harga RM26,989.00 untuk Ninja 300 dan RM25,989.00 untuk Z300.

Imbas kembali, Ninja 250 ditawarkan pada harga RM22,589.00, manakala Z250 boleh dimiliki pada harga RM21,589.00. Perbezaan harga untuk model 250cc dengan 300cc keluaran Kawasaki itu adalah di bawah RM5,000.00, perbezaan yang tidak begitu ketara.

Bagaimanapun jika anda bercadang untuk memiliki Ninja 300 dan Z300, perlu diketahui bahawa anda memerlukan lesen kelas B untuk melayakkan anda menunggangnya secara sah.

Sumber : MotoMalaya.net

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here