Infiniti Q30 Premium Active Compact bakal muncul di Frankfurt Motor Show 2015

0
48

Infiniti Q30

Infiniti mengumumkan model terbaharunya Infiniti Q30 Premium Active Compact akan membuat kemunculan sulong di Frankfurt Motor Show 2015 yang bakal berlangsung dalam bulan September akan datang.

Pada tahun 2013 yang lalu, model konsep Q30 telah diperkenalkan kepada umum di pameran automotif antarabangsa yang sama, dan kini ia kembali dalam bentuk produksi dengan gaya yang lebih menawan, elegan dan sporty.

Menurut Infiniti, Q30 Active Compact telah menjalani ujian akhir dan pembangunan di Eropah, serta bakal dikeluarkan dari kilang Infiniti yang terletak di Sunderland, UK. Ianya merupakan negara keempat dari tiga benua yang mengeluarkan kenderaan Infiniti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here