Spyshot : Adakah ini model moped terbaru Modenas 2016?

0
263

Kelmarin dalam perjalanan pulang ke kampung dan singgah mengisi petrol di stesen minyak Petronas, Gurun, Kedah, saya terserempak dengan dua unit motosikal moped yang masih dalam peringkat ujian.

Saya hanya sempat merakamkan video ringkas kedua-dua unit motosikal ujian itu sewaktu ianya sedang ditunggang menuju ke destinasi yang tidak diketahui. Saya tertanya-tanya apakah model motosikal moped terbaru itu yang secara kasarnya kelihatan agak sporty dan mantap.

Mungkin ianya adalah model terbaru keluaran Modenas yang bakal dikeluarkan pada tahun 2016 akan datang, memandangkan kilang Modenas terletak tidak jauh dari situ. Apa pendapat anda? Adakah itu merupakan moped terbaru Modenas 2016?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here