Jentera perlumbaan Porsche 911 GT3 R terbaru lebih ringan, lebih ekonomi dan lebih pantas

0
68

Porsche-911-GT3-R-004

Porsche 911 GT3 R terbaru merupakan sebuah jentera yang dibangunkan khusus untuk siri perlumbaan GT3 di seluruh dunia. Ianya dibina berasaskan model produksi 911 GT3 RS, dan dilengkapi enjin 4.0 liter (water-cooled six-cylinder boxer engine) yang menghamburkan kuasa berprestasi lebih daripada 500hp.

Menurut Porsche, beberapa perhatian khusus telah diberikan dalam pembangunan model tersebut, antaranya reka bentuk yang lebih ringan, kecekapan aerodinamik yang lebih baik, lebih ekonomi, pengendalian yang dipertingkatkan, ciri keselamatan lanjut yang dioptimumkan, serta penurunan kos penyelenggaraan dan alat ganti.

Porsche 911 GT3 R terbaru kini boleh ditempah pada harga 429,000 Euro (plus country-specific VAT), dengan penghantaran kepada pelanggan akan bermula dari bulan Disember 2015.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here