Chevrolet Camaro 2016 generasi keenam diperkenalkan

0
104

2016-Chevrolet-Camaro-001

Model sporty Chevrolet Camaro menjadi terkenal apabila ianya menjadi antara bintang utama di dalam filem blockbuster Transformers. Bagi meneruskan legasi kecemerlangannya, Chevrolet baru-baru ini telah memperkenalkan generasi keenam Camaro 2016 serba baharu.

Chevrolet Camaro 2016 bakal memberikan pengalaman pemanduan yang lebih pantas dan lebih lincah. Ianya terhasil daripada struktrur seni bina serba baharunya yang lebih ringan, di samping pilihan enjin yang lebih luas sehingga enam jenis kombinasi enjin ditawarkan.

2016-Chevrolet-Camaro-010

Antaranya termasuklah enjin 2.0L Turbo, 3.6L V-6 serba baharu dan LT1 6.2L V-8 yang disahkan mempunyai kuasa 455hp dengan tork setinggi 617Nm, membolehkan Camaro SS menjadi model paling berkuasa pernah diperkenalkan. Setiap enjin boleh didapati dengan pilihan transmisi manual enam kelajuan atau automatik lapan kelajuan.

Chevrolet Camaro 2016 serba baharu bakal berada di pasaran Amerika Syarikat mulai hujung tahun ini, ditawarkan dalam dua varian LT dan SS. Untuk anda, saksikan gambar-gambar menarik Camaro 2016 generasi keenam serba baharu dalam galeri yang disediakan di bawah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here