Kempen “Menang Duit Raya RM100,000!” dari Modenas

0
150

Kempen Modenas Menang Duit Raya

Modenas telah menganjurkan kempen yang diberi nama “Menang Duit Raya RM100,000!” yang bermula dari 01hb. Jun sehingga 31hb. Julai 2015. Melalui kempen tersebut, setiap pelanggan Modenas berpeluang untuk membawa pulang wang tunai bernilai RM500.00.

Di bawah berikut ialah terma-terma dan syarat kempen “Menang Duit Raya RM100,000!” untuk panduan anda;

  1. Kempen ”Menang Duit Raya RM100.000!” dianjurkan oleh syarikat Motosikal  Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS).
  1. Tempoh kempen bermula pada 1 Jun 2015 dan berakhir pada 31 Julai 2015.
  1. Penyertaan adalah secara automatik melalui setiap pendaftaran motosikal MODENAS sepanjang kempen ini berlangsung.
  1. Hadiah yang ditawarkan tidak boleh ditukar atau dipinda.
  1. Hadiah yang ditawarkan adalah wang tunai sebanyak RM500.00 untuk setiap 200 pemenang bertuah sahaja.
  1. Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah secara rawak berdasarkan pendaftaran melalui K1.
  1. Keputusan pemenang akan diumumkan melalui laman sesawang dan laman sosial MODENAS.
  1. Pemenang akan dihubungi melalui panggilan telefon dan surat rasmi MODENAS.
  1. Hadiah hendaklah dituntut dalam tempoh yang telah ditetapkan.
  1. Sekiranya pemenang gagal menuntut hadiah dalam tempoh yang telah ditetapkan, kemenangan akan dibatalkan.
  1. Setiap pemenang hanya berhak untuk satu (1) hadiah sahaja.
  1. Keputusan MODENAS adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here