SKODA Superb Estate terbaharu diperkenalkan

0
82

New-SKODA-Superb-Estate-001

Selepas memperkenalkan SKODA Superb versi hatchback beberapa bulan yang lalu, SKODA kini memperkenalkan versi seterusnya untuk model berkenaan – SKODA Superb Estate.

Dibangunkan dengan teknologi MQB yang inovatif, model itu didakwa telah menetapkan standard baharu di dalam segmennya dari segi ruang, keselesaan, keselamatan dan sambungan (connectivity).

Selain itu, ianya juga dikatakan mempunyai ruang dalaman dan ruang bagasi terbesar di dalam kelasnya, dengan keluasan but hampir 2,000 liter. Pada masa yang sama, transformasi reka bentuknya telah mengubah model generasi baharu itu kepada sebuah model estate yang bergaya, anggun dan dinamik.

SKODA telah menawarkan versi estate untuk model teratasnya SKODA Superb sejak tahun 2009. Sehingga kini, lebih 200,000 unit SKODA Superb Estate telah menjadi milik pelanggan di serata dunia. Jumlah tersebut mewakili 35 peratus daripada jualan keseluruhan SKODA Superb sejak 2009.

SKODA Superb Estate terbaharu akan melakukan debut di Frankfurt Motor Show 2015 dalam bulan September akan datang, seterusnya akan dilancarkan ke pasaran pertama dalam bulan yang sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here