Model baharu FIAT Aegea Project muncul di Istanbul International Auto Show 2015

0
70

New-FIAT-Aegea-Project-debuts-at-Istanbul-Motor-Show-001

Pameran automotif Istanbul International Auto Show 2015 telah berlangsung dari 21 Mei sehingga 31 Mei 2015 yang lepas. Salah sebuah model yang dipamerkan di situ ialah sebuah model sedan kompak terbaharu keluaran FIAT.

Dikenali dengan nama FIAT Aegea Project, model tersebut akan memulakan jualannya di pasaran Turki mulai bulan November ini, sebelum beransur-ansur mencapai pasaran di lebih 40 buah negara di Eropah, Timur Tengah dan Afrika.

Dari segi dimensi keseluruhan, ia mempunyai ukuran panjang 4.5 meter, lebar 1.78 meter dan tinggi 1.48 meter, dengan jarak roda 2.64 meter. FIAT Aegea Project direka untuk memuatkan lima orang penumpang dengan selesa, dengan kapasiti ruang bagasi yang mencukupi lebih 510 liter.

Enjin yang cekap akan memberikan kuasa kepada model berkenaan Рdua enjin MultiJet II turbo-diesel dan dua unit enjin petrol dengan keluaran kuasa di antara 95 dan 120hp. Pilihan transmisi manual dan automatik turut tersedia, bergantung kepada jenis enjin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here