Miliki model terbaharu Proton dengan kadar bayaran bulanan hanya serendah dari RM326.00

0
175

Proton Iriz

Untuk anda yang mempunyai perancangan membeli kereta baharu, berita baiknya ialah Proton kini menawarkan promosi istimewa yang diberi nama “Even More Value”, atau di dalam Bahasa Melayu promosi tersebut berbunyi “Lebih Banyak Nilai”.

Kempen tersebut menawarkan tempoh jaminan lebih lama sehingga 7 tahun untuk model-model terpilih, kadar faedah sebanyak 1.99 peratus setahun untuk model Saga dan Iriz terpilih, skim pinjaman 100 peratus untuk kakitangan kerajaan, tawaran menarik untuk graduan universiti, kadar faedah yang rendah untuk model-model Proton yang lain dan banyak lagi.

Promosi tersebut berlangsung dari sekarang sehingga akhir bulan Jun 2015 di semua bilik pameran Proton di seluruh negara. Menurut Proton, tempoh jaminan yang dilanjutkan sehingga 7 tahun membuktikan bahawa kereta Proton, terutamanya Iriz yang sarat dengan ciri-ciri keselamatan terkini, merupakan kereta yang paling selamat di dalam kategorinya.

Model kompak berkenaan juga dijual pada harga yang amat kompetetif berbanding model-model kereta kompak dari jenama lain. Dengan bayaran serendah hanya dari RM326.00 sebulan pada kadar faedah 1.99 peratus setahun, Proton Iriz 1.3L kini sudah boleh dimiliki, kata Dato’ Abdul Harith Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

Tambah beliau lagi, Proton merupakan satu-satunya pengeluar kelengkapan asli (OEM) yang menawarkan program jaminan sehingga 7 tahun di negara ini. Selain daripada kadar faedah yang rendah dengan komitmen bulanan yang lebih rendah, para pelanggan juga boleh menikmati diskaun sehingga 26 peratus pakej servis untuk model-model terpilih.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here