KTN memperkenalkan dua model terbaharu : KTN Z ONE S 200 & KTN Z ONE S 200R

0
1460

KTN Z ONE S 200 & KTN Z ONE S 200R

Untuk pasaran Malaysia, KTN telah memperkenalkan dua model terbaharu iaitu KTN Z ONE S 200 dan KTN Z ONE S 200R. Pada pandangan penulis, kedua-dua model berkenaan tampil dengan reka bentuk yang menarik, bergaya dan sporty.

KTN Z ONE S 200 dan KTN Z ONE S 200R masing-masing dikuasakan enjin bersesaran 198.8cc, di mana kedua-duanya mempunyai persamaan spesifikasi. Perbezaan antara kedua-duanya ialah Z ONE S 200 mempunyai penampilan ‘naked’, manakala Z ONE S 200R dilengkapi ‘fairing’ dengan gaya yang lebih menawan.

Di atas ialah video YouTube Z ONE S 200 & Z ONE S 200R yang sempat penulis rakamkan, manakala untuk melihat ‘brochure’ kedua-dua model berkenaan, anda boleh layari laman blog Automotive Station melalui ‘link’ yang disediakan seperti berikut :

  • Brochure : KTN Z ONE S 200
  • Brochure : KTN Z ONE S 200R

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here