Modenas TTR200 Cafe Racer bakal dilancarkan

0
571

Modenas TTR200 Cafe Racer (001)

Dalam diam-diam, syarikat pengeluar motosikal nasional Modenas dikhabarkan bakal melancarkan model terbaharu Modenas TTR200 untuk pasaran tempatan. Apa yang menariknya mengenai motosikal tersebut ialah ianya dibangunkan sebagai sebuah model Cafe Racer yang sejak akhir-akhir ini kian popular di seluruh dunia.

Berdasarkan beberapa maklumat yang diperolehi, Modenas TTR200 Cafe Racer akan dilengkapi enjin empat lejang berkapasiti 214.3cc. Setakat ini beberapa keping gambar ‘spyshot’ model berkenaan telah tersebar di dalam internet. Pada pendapat penulis, Modenas TTR200 ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri dan pasti akan menambat hati peminat.

Sumber : Funtasticko.net

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here