Honda Wave 110 RSX terbaharu untuk pasaran Vietnam

0
622

Honda Wave 110 RSX Vietnam (001)

Mulai 8 Mac 2015 yang lepas, Honda Vietnam telah memperkenalkan versi terbaharu Honda Wave 110 RSX. Dua versi diperkenalkan iaitu Wave 110 RSX dan Wave 110 RSX FI. Untuk versi Wave 110 RSX FI, ianya dilengkapi sistem suntikan bahan api eletronik PGM-FI yang lebih menjimatkan petrol.

Menurut Honda Vietnam, Wave 110 RSX merupakan salah sebuah model utama mereka di pasaran Vietnam yang direka mempunyai ekonomi bahan api cemerlang, kebolehan utiliti yang luas, bergaya dan semestinya sentiasa memuaskan hati pelanggan. Setakat ini, Wave 110 RSX telah terjual lebih daripada 2 juta unit.

Di samping itu dengan hasrat untuk memberikan pelanggan mereka dengan lebih banyak pilihan, Honda Vietnam telah menambah beberapa warna terbaharu untuk koleksi Wave 110 RSX. Warna-warna tersebut berupa Hitam Merah dan Oren Hitam untuk versi suntikan bahan api elektronik (PGM-FI) dan Putih Kelabu untuk versi karburetor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here