Ford Vignale Mondeo versi produksi diperkenalkan

0
54

The new Ford Vignale Mondeo (001)

Pada 17 April 2015 yang lalu di London, Ford Motor Company (Ford) telah memperkenalkan versi produksi model terbaharunya Ford Vignale Mondeo. Ianya merupakan model pertama yang diperkenalkan sebagai sebahagian daripada jenama Vignale.

Setiap Ford Vignale dikeluarkan secara buatan tangan (hand-finished) di pusat pengeluaran istimewa Vignale Centre yang terletak di kemudahan pengeluaran Ford di Valencia, Sepanyol. Boleh didapati dalam gaya badan empat pintu dan estate, Ford Vignale Mondeo boleh ditempah mulai bulan Mei di UK, pada harga bermula dari £29,045.

Ford Vignale Mondeo akan dikuasakan sistem ‘powertrain’ yang berkuasa dan cekap, ianya termasuklah enjin diesel terbaharu 2.0 liter TDCi 210PS Bi-turbo, enjin petrol EcoBoost 240PS, dan penjana kuasa ‘petrol-electric hybrid’ 187PS. Sistem pintar ‘Intelligent All-Wheel Drive’ (iAWD) juga turut tersedia untuk model berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here