Debut Citroën Aircross Concept di Auto Shanghai 2015

0
53

2015 Citroen Aircross Concept (017)

Dalam meraikan pencapaian jualan 50 juta unit kenderaannya sejak 95 tahun yang lalu, Citroen telah mempamerkan sebuah model konsep terbaharu yang secara rasminya melakukan debut (penampilan pertama) di Auto Shanghai 2015. 

Dikenali dengan nama Citroën Aircross Concept, model konsep dalam segmen SUV itu tampil dengan gaya rekaan yang mengejutkan, kreatif dan berani. Perwatakan keseluruhannya juga boleh dikatakan serba unik.

Citroën Aircross dikuasakan teknologi plug-in hybrid petrol, yang mana motor eletriknya menjana kuasa setinggi 95bhp dengan tork 200Nm. Motor tersebut dikuasakan oleh bateri lithium ion yang boleh dicas dalam tempoh hanya tiga jam setengah menggunakan soket eletrik domestik 16A.

Menurut Citroen, motor eletrik yang digandingkan dengan enjin petrol 1.6 THP menghasilkan kuasa 218bhp dan tork 275Nm. Oleh kerana ianya menggunakan sistem ‘powertrain’ plug-in hybrid, Citroën Aircross merupakan sebuah SUV yang mesra alam. Pemanduan menggunakan mod ZEV (mod eletrik sepenuhnya) menjangkau sehingga 50 km.

Bagaimanapun, Citroën Aircross tetap menjanjikan ciri-ciri pemanduan yang menyeronokkan. Apabila kuasa diperlukan dengan segera, fungsi rangsangan (boost function) akan menggabungkan kuasa daripada enjin pembakaran dalaman dan motor eletrik untuk prestasi optimum sehingga mencapai angka 313bhp.

Citroën Aircross Concept mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam tempoh hanya 4.5 saat. Kadar penggunaan bahan api gabungannya ialah 166mpg (1.7 l/100 km), bersama-sama pengeluaran emisi CO2 yang mengagumkan serendah 39g/km.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here