Audi perkenal Prologue Allroad Concept di Shanghai 2015

0
50

2015 Audi prologue allroad concept (001)

Reka bentuk konsep Audi Prologue yang terkenal kini muncul dalam versi ketiga dengan tema ‘allroad’ yang lasak dan sistem pacuan hibrid, diperkenalkan buat pertama kali kepada umum di Auto Shanghai 2015 (22 – 29 April).

Dikenali sebagai Audi Prologue Allroad Concept, model tersebut dibangunkan untuk kegunaan pelbagai jenis jalan raya, apabila mempunyai jarak ketinggian lebih daripada kadar biasa. Bahagian dalamnya memperlihatkan teknologi paparan yang inovatif dan sistem operasi berkonsepkan interaksi digital.

Ia juga dilengkapi teknologi plug-in hybrid yang berkuasa dan cekap. Enjin 4.0 TFSI (V8 with twin turbochargers) dan motor eletrik yang disepadukan dengan transmisi tiptronic lapan kelajuan, menghasilkan kuasa mencecah 734PS dengan tork 900Nm. Sistem pacuan semua roda quattro menyempurnakan kuasanya dalam setiap situasi pemanduan.

Model konsep berkenaan memecut dari 0 ke 100 km/j dalam tempoh 3.5 saat, namun masih mampu mencapai tahap kecekapan bahan api sehingga 117mpg (according to the NEDC standard for plug-in hybrids), sepadan dengan pelepasan emisi CO2 pada paras 56 gram per km.

Audi Prologue Allroad Concept mampu dipandu menggunakan tenaga eletrik sepenuhnya berpunca dari bateri lithium-ion berkapasiti 14.1 kWh yang dipasang di bahagian belakang kenderaan, dengan jarak yang dicapai direkodkan sejauh 33 batu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here