Mercedes-Benz perkenal model konsep GLC Coupé di Auto Shanghai 2015

0
76

Mercedes-Benz Concept GLC Coupe (001)

Dalam pameran yang baru saja berlangsung di Auto Shanghai 2015, Mercedes-Benz memperkenalkan sebuah model konsep yang diberi nama Mercedes-Benz Concept GLC Coupé. Model konsep tersebut dikatakan masih dalam peringkat ‘study’, namun rekaannya hampir kepada model produksi yang akan dilancarkan nanti.

Mercedes-Benz Concept GLC Coupé merupakan sebuah SUV empat pintu dengan empat tempat duduk, mempunyai gaya rekaan luaran yang sporty dan ranggi. Namun penulis merasakan model ini mengambil inspirasi daripada rekaan model BMW X4 yang sememangnya mantap, berdasarkan rekaan bumbung bahagian belakang yang rendah.

Mercedes-Benz Concept GLC Coupé akan dikuasakan enjin V6 bersesaran 3.0 liter, dengan hamburan kuasa 367hp @ 5,500rpm dengan tork maksimum 520Nm @ 1,400-4,000rpm. Enjin bertenaga itu kemudiannya dipadankan transmisi automatik 9-kelajuan (nine-speed automatic transmission 9G-TRONIC, DIRECT SELECT gearshift).

Pelancaran model berkenaan dijangka diadakan pada tahun 2016, atau mungkin juga hanya akan menjengah pasaran Eropah atau global dalam tahun 2017 akan datang. Saksikan gambar-gambar menarik Mercedes-Benz Concept GLC Coupé dalam galeri yang disediakan di bawah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here