Harga petrol RON95 naik 20 sen mulai 1hb. Mei 2015???

0
84

harga petrol

Update : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengumumkan bahawa harga petrol RON95, RON97 dan diesel untuk bulan Mei 2015 kekal seperti bulan April 2015. Harga terkini petrol RON95, RON97 dan diesel mulai 1 Mei 2015 ialah RM1.95 (RON95), RM2.25 (RON97) dan RM1.95 (Diesel).

Bila tibanya akhir bulan, maka resah gelisahlah seluruh rakyat Malaysia yang memiliki kenderaan. Sama ada pemilik kereta atau motosikal, mereka tahu bahawa mulai setiap 1 hari bulan pada setiap bulan, harga petrol berkemungkinan akan dinaikkan.

Sama seperti di penghujung bulan April 2015 ini, harga petrol RON95 dijangka akan diumumkan kenaikannya dalam masa beberapa jam lagi. Menurut sumber yang boleh dipercayai tanpa ragu, mulai 1 Mei 2015 jam 12.00 tengah malam, harga petrol RON95 akan dinaikkan sebanyak 20 sen.

Maka, pada harga semasa RM1.95 sen seliter, harga petrol RON95 bermula 1 Mei 2015 adalah sebanyak RM2.15 sen seliter. Peningkatan tersebut ternyata bakal membebankan lagi kos sara hidup rakyat Malaysia yang sebelum ini begitu terkesan dengan cukai GST yang diperkenalkan mulai 1 April 2015.

Namun, harga petrol RON97 dan diesel dikatakan tidak akan mengalami sebarang kenaikan harga. Harga petrol RON97 dikatakan tidak dinaikkan kerana ianya telah pun dikenakan cukai GST baru-baru ini.

Bagaimanapun, sehingga pihak kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi, maka maklumat yang penulis siarkan di sini mengenai harga petrol RON95 mulai 1 Mei 2015, masih belum boleh disahkan sama ada ianya akan menjadi kenyataan atau pun tidak. Sama-samalah kita berdoa agar kenaikan harga petrol RON95 tidak akan berlaku.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here