Suzuki Assemblers Malaysia lancar Suzuki Address

0
222

2015 Suzuki Address (002)

Suzuki Assemblers Malaysia Sdn. Bhd. hari ini melancarkan sebuah skuter terbaharu yang diberi nama Suzuki Address. Model tersebut dilengkapi enjin 113cc dengan padanan transmisi automatik CVT.

2015 Suzuki Address (012)

Menurut Suzuki Assemblers Malaysia, Suzuki Address mempunyai tahap penjimatan bahan api yang cukup baik pada kiraan 53 km untuk setiap liter petrol. Tangki bahan apinya seluas 5.2 liter pula mampu mencapai perjalanan sejauh 276 km.

2015 Suzuki Address (013)

Antara kelebihan Suzuki Address ini ialah ia mempunyai ruang simpanan barang-barang di bawah tempat duduk seluas 20.6 liter, cukup untuk memuatkan topi keledar bermuka penuh, baju hujan dan barangan-barangan lain.

2015 Suzuki Address (014)

Harga asas yang ditawarkan untuk Suzuki Address ini bermula dari RM4,788.00 (harga jualan asas tidak termasuk cukai GST), dengan pilihan dua warna iaitu Biru (Metallic Medium Blue) dan Merah (Celebration Red).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here