‘Spyshot’ trak pikap Toyota Hilux 2016

0
88

The new 2016 Toyota Hilux spyshot (001)

Toyota dijangka bakal melancarkan generasi serba baharu Toyota Hilux 2016 mulai tahun depan, apabila beberapa keping gambar ‘spyshot’ trak pikap popular berkenaan kini tersebar di dalam internet.

Melihat kepada gambar-gambar yang bocor tersebut, penulis dapat katakan evolusi yang dialami oleh model berkenaan sangat dramatik. Berbanding model terdahulu, model yang akan diperkenalkan ini kelihatan lebih moden dan mewah.

Seperti biasa, sudah menjadi ‘trend’ untuk setiap model terbaharu trak pikap untuk menawarkan ruang kabin yang seakan-akan sebuah sedan. Ini mungkin disebabkan oleh citarasa pelanggan di seluruh dunia yang mahukan perubahan demi lebih keselesaan sewaktu pemanduan.

Bagi anda yang sudah tidak sabar-sabar untuk melihat kehadiran Toyota Hilux 2016 di jalan raya tempatan, pelancarannya dijangka hanya akan berlaku mulai tahun depan, nantikan.

Sumber : Funtasticko.net

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here