Bentley EXP 10 Speed 6 dipamerkan di Auto Shanghai 2015

0
129

Bentley EXP 10 Speed 6 (002)

Pengeluar kereta mewah Bentley baru-baru ini telah mempamerkan sebuah model konsep terbaharunya Bentley EXP 10 Speed 6 di pameran automotif antarabangsa Auto Shanghai 2015. Model ‘sportcar’ dua tempat duduk berprestasi tinggi itu sebelum ini muncul di Geneva Motor Show 2015 dalam bulan Mac yang lepas.

Model konsep Bentley EXP 10 Speed 6 memperlihatkan arah rekaan dan prestasi untuk model terbaharu keluaran Bentley pada masa depan, dibangun menggunakan material terbaik di samping penggunaan teknologi hibrid canggih. Menurut Bentley, syarikat tersebut merupakan peneraju dalam segmen kereta mewah di pasaran China.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here