
Boon Siew Honda hari ini secara rasminya melancarkan Honda EX5 Dream FI terbaharu untuk pasaran tempatan. Model kapcai tersebut kini dilengkapi sistem suntikan bahan api yang lebih menjimatkan petrol, dikenali dengan nama PGM-FI (Programmed Fuel Injection).
Berdasarkan tinjauan di dalam laman sesawang Boon Siew Honda sebentar tadi, penulis mendapati model EX5 Dream 110 yang dilancarkan pada pertengahan tahun 2013 sebelum ini telah tiada di dalam senarai motosikal yang diedarkan oleh Boon Siew Honda untuk pasaran Malaysia.
Ini bermakna Honda EX5 Dream FI versi 2015 terbaharu ini merupakan pengganti kepada model EX5 Dream 110, yang mana ianya turut tampil dengan beberapa perubahan dari segi reka bentuk. Paling ketara ialah bahagian lampu belakangnya yang kini kelihatan lebih sporty berbanding EX5 Dream 110.
Pada pandangan penulis, Honda EX5 Dream 110 kurang mendapat sambutan pembeli kerana rekaan bahagian belakangnya yang kurang digemari. Oleh itu pengenalan EX5 Dream FI ini merupakan versi peningkatan yang ditunggu-tunggu agar ianya mampu mengulangi kembali kejayaan model legenda EX5 generasi pertama.
Honda EX5 Dream FI masih mengekalkan enjin 110cc, namun mempunyai keupayaan ekonomi bahan api yang lebih baik apabila dilengkapi dengan sistem suntikan bahan api canggih PGM-FI. Harga yang ditawarkan pula ialah RM4,299.00 untuk versi penghidup tendang, dan RM4,529.00 untuk penghidup eletrik.
Di bawah berikut ialah spesifikasi Honda EX5 Dream FI 2015 :
ENGINE | |
Engine | Air cooled, 4 Cycle OHC Engine |
Bore & Stroke | 50.0 X 55.598 mm |
Displacement | 109.17 cm3 |
Compression Ratio | 9.0:1 |
Lubricating Oil Capacity (Upper / Lower) | 1.0 liter (After Disassembly) 0.8 liter (After Draining) |
Fuel System | PGM-FI (Programmed Fuel Injection) |
Fuel Tank Capacity | 4.3 liter |
TRANSMISSION | |
Clutch | Automatic Centrifugal Clutch Wet Type |
Transmission | 4 Speed Constant Mesh |
Gear 1 | 2.615 (34/13) |
Gear 2 | 1.555 (28/18) |
Gear 3 | 1.136 (25/22) |
Gear 4 | 0.916 (22/24) |
Primary Reduction Ratio | 4.059 (69/17) |
Final Reduction Ratio | 2.642 (37/14) |
ELECTRIC SYSTEM | |
Ignition System | Full Transisterized |
Battery | 12V / 2.3 or 2.5 A-h (Kick Starter)12V / 3.0 A-h (Kick & Electric Starter) |
DIMENSI | |
Length x Width x Height | 1923mm x 696mm x 1046mm |
Wheelbase | 1212mm |
Net Weight- Kick Starter- Kick & Electric Starter | 98kg99kg |
CHASSIS | |
Frame | Back Bone |
Suspension | Front – Telescopic 81mmRear – Twin 68mm |
Tyre Measurement | Front 70/90-17M/C 38PRear 80/90-17M/C 50P |
Tyre Pressure- One Person- Two Person | Front 200kPa Rear 225kPaFront 200kPa Rear 280kPa |
Caster Angle | 26° 30′ |
Trail Distance | 73mm |
PERFORMANCE | |
Maximum Power | 6.23kW/7500rpm |
Maximum Torque | 8.40N.m/6000rpm |