McLaren memperkenalkan McLaren 540C Coupé di Auto Shanghai 2015

0
126

2016 McLaren 540C Coupe (001)

Merupakan model kedua di dalam siri baharu Sport Series, McLaren 540C Coupé secara rasminya diperkenalkan kepada umum di Auto Shanghai 2015 (20 – 29 April 2015). 540C Coupé menyertai model pertama 570S Coupé yang diperkenalkan sebelum ini New York International Auto Show 2015.

Pengenalan 540C Coupé kini menjadikan model terbaharu McLaren yang dilancarkan dalam tahun 2015 ini kepada empat model, selaras dengan perkembangan pesat dan berterusan jenama tersebut. Bakal didapati di pasaran seluruh dunia pada harga dari £126,000, 540C Coupé boleh ditempah mulai sekarang dan jadual penghantaran akan bermula seawal 2016.

2016 McLaren 540C Coupe (008)

McLaren 540C Coupé dikatakan sebagai kereta sport tulen, berkongsi DNA dengan model-model di dalam siri Super Series dan Ultimate Series, termasuk casis karbon yang sangat ringan dan teknologi-teknologi bercirikan perlumbaan. Ianya dilengkapi enjin V8 (mid-mounted 3.8-litre twin turbocharged V8 engine) dengan kuasa 540PS @ 7,500rpm dan tork 540Nm @ 3,500 – 6,500rpm.

Kuasa yang terhasil disalurkan ke bahagian roda belakang melalui padanan kotak gear SSG (seven-speed seamless shift gearbox), membolehkan model tersebut memecut dari 0 ke 100 km/j dalam tempoh hanya 3.5 saat, 0 ke 200 km/j dalam tempoh 10.5 saat, dengan kelajuan maksimum yang direkodkan mencecah 320 km/j.

2016 McLaren 540C Coupe (011)

Menurut McLaren dengan prestasi pada paras tersebut, catatan ekonomi bahan api 25.5 mpg (EU combined cycle) dan pengeluaran emisi pada hanya 258 g/km, merupakan suatu pencapaian yang mengagumkan untuk 540C Coupé. Di bawah berikut merupakan spesifikasi teknikal McLaren 540C Coupé :

McLAREN 540C TECHNICAL STATISTICS

PERFORMANCE

0-100 km/h (0-62 mph) 3.5 seconds
0-200 km/h (0-124 mph) 10.5 seconds
Top speed 320 km/h (199 mph)
Power-to-weight 412PS per tonne

ENGINE & POWERTRAIN

Engine configuration V8 Twin Turbo / 3799cc
Power 540PS (533 bhp) @ 7,500 rpm
Torque 540Nm (398 lb ft) @ 3,500-6,500 rpm
Transmission 7 Speed SSG
CO2 258 g/km
Economy 25.5 mpg (EU combined)
Engine lubricant Mobil 1 New Life™ 0W-40

DIMENSIONS & WEIGHT

Dry weight 1,311 kg (2,890lbs) with lightweight options
Weight distribution (f / r) 42 / 58
Length 4,530mm
Width 2,095mm
Height 1,202mm

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here