Ford catat rekod jualan bulanan dan suku tertinggi di Malaysia

0
88

Ford Focus Special Edition

Pada 10 April 2015 yang lalu, Ford Malaysia mengumumkan rekod jualan bulanan tertinggi yang pernah di capai oleh syarikat berkenaan, peningkatan sehingga 46 peratus berbanding bulan sebelumnya kepada 1,818 unit. 

Menurut Ford, rekod pada bulan Mac itu dipacu oleh permintaan kukuh dan berterusan untuk Ranger, EcoSport dan Fiesta. Rekod tersebut juga merupakan yang tertinggi bagi tempoh suku di pasaran Malaysia dengan peningkatan 24 peratus berbanding suku sebelumnya kepada 4,611 unit.

Momentum industri yang kukuh dalam bulan Mac sebahagiannya didorong oleh peningkatan permintaan menjelang 1 April 2015, apabila pelaksanaan cukai baharu GST (Goods and Services Tax) akan bermula di seluruh negara.

Trak pikap Ford Ranger terus menjadi model Ford paling popular di Malaysia, dengan peningkatan jualan 42 peratus dalam bulan Mac berbanding bulan sebelumnya kepada 1,369 unit. Jualan keseluruhan dalam tempoh suku pertama meningkat 36 peratus kepada 3,504 unit.

SUV bandar kompak EcoSport mencatatkan rekod jualan terbaiknya di pasaran Malaysia sejak ianya dilancarkan dalam suku ketiga tahun lepas. Jualan EcoSport dalam bulan Mac mencecah 132 unit, seterusnya membantu meningkatkan jualan dalam suku pertama sebanyak 11 peratus daripada suku sebelumnya kepada 271 unit.

Model kompak sporty Fiesta menyumbang kepada prestasi Mac yang kukuh dengan jualannya meningkat sehingga 38 peratus daripada bulan sebelumnya kepada 178 unit. Fiesta menamatkan prestasi jualannya dalam suku pertama dengan jumlah 474 unit.

Bagi model Ford Focus, permintaan untuk model yang padat dengan teknologi itu terus berterusan dengan menyaksikan jualan sebanyak 79 unit dalam bulan Mac, membantu memacu jualan dalam tempoh suku pertama kepada 179 unit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here