Land Rover rai pengeluaran 6,000,000 unit kenderaan

0
163

6,000,000th Land Rover lights up Solihull (001)

Jenama automotif terkenal British, Land Rover baru-baru ini telah meraikan pencapaiannya dalam pengeluaran kenderaan yang sehingga kini telah mencapai angka pengeluaran keseluruhan 6,000,000 unit.

Model bertuah yang memegang angka pengeluaran 6,000,000 unit tersebut ialah Range Rover LWB Vogue SE yang tampil serba mewah, serta dilengkapi ‘bespoke puddle lamp graphic’ untuk membezakan statusnya yang unik.

Tahun 2015 menjadi penanda inovasi Land Rover dalam rekaan dan teknologi selama 67 tahun, dan merupakan ulangtahun yang ke-45 pengeluaran model Range Rover. Model paling terkini Range Rover diperkenalkan dalam tahun 2012.

6,000,000th Land Rover lights up Solihull (002)

Land Rover angka yang ke-6,000,000 telah melakukan debut rasmi di Auto Shanghai 2015, dan seterusnya akan ditampilkan dalam beberapa acara sambutan yang diadakan di China untuk meraikan ulangtahun yang ke-45 Range Rover.

Menurut Land Rover, kenderaan buatannya yang ke-6,000,000 unit itu dikeluarkan dari fasiliti pengeluarannya di Solihull, UK, di mana syarikat tersebut telah menghasilkan barisan SUV yang terkenal di seluruh dunia sejak tahun 1948.

Di antara 6,000,000 unit kenderaan yang dikeluarkan, lebih 900,000 daripadanya merupakan model Range Rover. SUV serba mewah ikonik itu menjadi kereta pertama dipamerkan di muzium terkenal Louvre di Paris, di mana ia dinamakan sebagai ‘exemplary work of industrial design’.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here