Jualan Mazda CX-3 di pasaran Jepun bermula

0
86

Mazda CX-3 (007)

Pada penghujung Februari 2015 yang lalu, Mazda Motor Corporation (Mazda) telah melancarkan model SUV crossover kompak Mazda CX-3 serba baharu untuk pasaran Jepun.

Model tersebut dijual pada harga (manufacturer’s suggested retail price) dalam lingkungan dari 2,376,000 yen sehingga 3,024,000 yen (termasuk cukai). Mazda meletakkan sasaran jualan sebanyak 3,000 unit pada setiap bulan di Jepun.

Mazda CX-3 serba baharu merupakan model generasi baharu kelima Mazda yang dilengkapi teknologi SKYACTIV sepenuhnya di samping tampil dengan rekaan bergaya dan sporty KODO – Soul of Motion.

Untuk pasaran Jepun, CX-3 serba baharu didatangkan eksklusif dengan enjin diesel bersih SKYACTIV-D 1.5 liter yang memberikan tahap ekonomi yang cukup baik (25 km/L under Japan’s JC08 test mode). Prestasi pemanduannya juga menyeronokkan apabila hadir bersama-sama jumlah tork impresif sehingga 270Nm.

Kesemua varian yang ditawarkan boleh didapati sama ada dengan transmisi automatik SKYACTIV-DRIVE atau manual SKYACTIV-MT, dan sistem pacuan semua roda generasi baharu Mazda, i-ACTIV AWD.

Untuk SKYACTIV-D 1.5, Mazda juga membangunkan teknologi ‘Natural Sound Smoother’ yang mengurangkan bunyi bising dalam sistem pembakaran enjin yang dikenali dengan nama “diesel knock sound”. Mazda CX-3 serba baharu merupakan kenderaan pertama di dunia yang menggunakan teknologi berkenaan yang menambahbaik bunyi enjin dan menjadikannya lebih senyap ketika pemanduan.

Dalam memenuhi kehendak para pelanggan yang mahukan kedua-duanya di antara keseronokan pemanduan dan tahap keselamatan luar biasa, CX-3 serba baharu menggabungkan sistem sambungan Mazda Connect dan teknologi keselamatan canggih i-ACTIVSENSE.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here