NAZA Prestige Bikes lancar Harley-Davidson Street™ 750

0
205

Harley-Davidson Street 750 (002)

Pada tarikh 15 April 2015 baru-baru ini bertempat di Petaling Jaya, NAZA Prestige Bikes Sdn Bhd selaku pengedar tunggal rasmi Harley-Davidson di  pasaran Malaysia, secara rasminya telah memperkenalkan model terbaharu Harley-Davidson Street™ 750 dengan penggayaan Dark Custom™.

Harley-Davidson Street™ 750 disasarkan kepada golongan muda bandar untuk tunggangan penuh gaya, ditawarkan pada harga RM62,888.00 (termasuk GST) dengan jaminan kilang selama 2 tahun dan jaminan dilanjutkan sehingga 3 tahun atau perbatuan meliputi jarak 80,000 km (yang mana tiba dahulu).

Model tersebut boleh didapati dalam pilihan warna-warna menarik seperti ‘Vivid Black’, ‘Black Denim’ dan ‘Fire Red’. Untuk anda, saksikan gambar-gambar menarik Harley-Davidson Street™ 750 yang dilancarkan untuk pasaran tempatan, dalam galeri yang disediakan di bawah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here