Promosi istimewa Ford untuk Focus, Fiesta dan EcoSport

0
120

The-new-Ford-Fiesta-ST

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) pada beberapa hari yang lepas telah mengumumkan promosi istimewa untuk pelanggan-pelanggan yang membeli mana-mana varian model Ford Focus, Ford Fiesta 1.5L dan EcoSport Trend.

Promosi yang akan berakhir pada tarikh 30 April 2015 itu berlangsung di semua bilik pameran Ford di seluruh negara, dengan menawarkan rebat tunai RM10,000.00 untuk varian Ford Focus, serta rebat tunai RM8,000.00 untuk varian Ford Fiesta 1.5L dan varian EcoSport Trend.

Kesemua varian Ford Focus, Ford Fiesta dan Ford EcoSport didatangkan dengan tawaran jaminan yang dikenali dengan nama ‘Extended Service Plan’ (ESP), bagi memberikan lebih ketenangan minda untuk setiap pelanggan Ford. Ford ESP merupakan program pembaikan percuma selama tiga tahun atau 60,000km yang meliputi kos alat ganti dan buruh.

Menurut Ford, model Focus yang berteknologi terkini, Fiesta yang sporty dan SUV EcoSport yang serba boleh dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri dan teknologi pintar yang canggih.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here