Kemunculan sulong Lexus RX serba baharu di New York International Auto Show 2015

0
56

The all-new Lexus RX 2016 (007)

SUV mewah RX merupakan model terlaris Lexus dalam sejarah 26 tahunnya. Dengan lebih daripada 2.1 juta unit telah terjual, ia mewakili tiga daripada 10 buah kenderaan yang dijual oleh syarikat berkenaan. 

Kini Lexus RX 2016 serba baharu telah muncul buat kali pertama di New York International Auto Show 2015. Generasi keempat model tersebut tampil dengan rekaan serba baharu sepenuhnya serta dalaman yang lebih mewah, selain teknologi keselamatan dan pengendalian yang dipertingkatkan.

RX serba baharu akan boleh didapati (bergantung kepada lokasi pasaran) dengan enjin petrol 3.5 liter V6 yang dinaik taraf, menjadikannya lebih berkuasa dengan sasaran 300bhp, dan dipadankan transmisi automatik lapan kelajuan terbaharu.

Sistem penjana kuasa hibrid penuh juga telah dipertingkatkan prestasi dan kecekapannya, enjin 3.5 liter V6 ‘Atkinson cycle’, dengan kuasa yang juga bersamaan sekitar 300bhp. Kedua-dua enjin tersebut telah ditala untuk mencapai paras ekonomi tertinggi dan rendah pengeluaran emisi karbon.

Untuk pelanggan yang mahukan versi lebih sporty dan bergaya, Lexus RX 2016 serba baharu versi F Sport turut diperkenalkan. Ianya boleh didapati dengan pilihan kedua-dua jenis enjin serta mendapat manfaat daripada beberapa ciri prestasi dan visual istimewa yang menjadikannya jauh berbeza.

Menurut Lexus UK, spesifikasi dan maklumat lebih lanjut Lexus RX 2016 untuk pasaran UK dan Eropah akan diumumkan menjelang pelancaran rasminya pada penghujung 2015.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here