SYM Sport Bonus SR berwajah baru

0
340

SYM Sport Bonus SR 2015 - Copy

Model popular SYM Sport Bonus SR kini berwajah baru. Antara warna-warna menarik yang diperkenalkan kali ini ialah Biru, Kuning dan Merah, masing-masing dengan corak terbaharu yang kelihatan lebih sporty dan menawan.

SYM Sport Bonus SR merupakan sebuah model motosikal kapcai yang dilengkapi enjin empat lejang bersesaran 110cc, dan dipadankan transmisi jenis putaran empat kelajuan.

Harga jualan (Sales Price) yang ditawarkan ialah sebanyak RM4,138.00 seperti mana yang tertera di dalam laman sesawang SYM, namun tidak dapat dipastikan sama ada harga tersebut sudah termasuk cukai GST atau belum.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here