Jaguar XF serba baharu diperkenalkan

0
47

The all-new 2015 Jaguar XF (001)

Jaguar memperkenalkan model sedan XF serba baharunya yang kini tampil dengan gaya, kemewahan, teknologi dan kecekapan yang menjadi peneraju di dalam segmennya.

Rekaannya yang dinamik dengan reka bentuk seakan-akan model coupe, dibangun menggunakan senibina aluminium intensif, membolehkan berat keseluruhannya dikurangkan.

Menurut Jaguar, XF serba baharu mempunyai jarak roda yang lebih panjang, ruang dalaman lebih luas dan seretan aerodinamik yang sangat rendah, serta badan yang yang lebih pendek berbanding model terdahulu.

Ditawarkan dalam empat varian iaitu XF Prestige, XF R-Sport, XF Portfolio dan XF S, sistem ‘powertrain’ merangkumi enjin 2.0 liter 163PS dan 180PS (manual dan automatik), enjin diesel 3.0 liter V6 RWD 300PS (automatik), dan enjin petrol 3.0 liter V6 380PS RWD (automatik).

Jaguar mengumumkan tempahan untuk model berkenaan kini telah dibuka, pada harga bermula dari £32,300.00 sehingga £49,950.00 untuk pasaran di UK.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here