Infiniti memperkenalkan crossover kompak mewah QX50 2016 di New York International Auto Show 2015

0
82

2016 Infiniti QX50 (001)

Bertempat di pameran automotif New York International Auto Show 2015, Infiniti memperkenalkan model crossover kompak mewah keluarannya Infiniti QX50 2016 terbaharu.

Infiniti QX50 2016 dikatakan sebagai salah satu crossover kompak mewah pertama dan ianya akan terus menjadi salah sebuah model yang paling berkuasa di dalam kelasnya. Model berkenaan hadir dengan gaya luaran baharu, jarak roda dipanjangkan dan tambahan lebih daripada lapan kaki padu ruang dalaman tambahan.

Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, QX50 2016 dilengkapi enjin V6 3.7 liter standard dengan kuasa kuda 325hp dan transmisi automatik tujuh kelajuan. Ianya ditawarkan dalam dua model – QX50 dan QX50 AWD ‘with Intelligent All-Wheel Drive’, dan dengan beberapa pakej peralatan pilihan yang juga telah disemak semula untuk tahun 2016.

Infiniti QX50 2016 dijadualkan memulakan jualannya di pasaran Amerika Utara dalam musim luruh 2015.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here