Harga asas Yamaha YZF-R25 untuk pasaran Malaysia didedahkan, hanya RM19,783.00?

0
2568

Yamaha YZF-R25 MotoGP Edition (002)

Yamaha YZF-R25 sememangnya amat dinanti-nantikan oleh setiap peminat motosikal berkuasa tinggi dalam kelas 250cc. Ini kerana reka bentuknya yang boleh dikatakan sangat menawan dan sporty, di samping prestasi yang cukup baik untuk sesebuah model motosikal di dalam kelas dan segmennya.

Sebelum ini, Yamaha YZF-R25 telah dilancarkan di pasaran Indonesia, manakala pasaran Thailand menyaksikan model Yamaha YZF-R3 mengambil alih posisinya dengan enjin yang lebih besar 321cc. Untuk pasaran negara kita, Yamaha YZF-R25 dikatakan akan berada di pasaran mulai bulan April ini.

Setakat ini, Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) telah memperkenalkan model ini secara rasmi untuk pasaran tempatan pada bulan Februari yang lepas, manakala kedai-kedai motosikal yang akan menawarkan motosikal tersebut kini telah mula membuat promosi secara terbuka di dalam laman jual beli popular Mudah.my.

Menurut iklan yang disiarkan di dalam Mudah.my, Yamaha YZF-R25 untuk pasaran Malaysia akan ditawarkan pada harga asas RM19,783.00. Harga atas jalan (On The Road Price) pula dikatakan sekitar RM22,500.00, masih berada dalam julat harga yang berpatutan dan bersesuaian untuk dimiliki.

Jadi, adakah anda sudah bersedia untuk memiliki sebuah jentera hebat yang menjadi pencabar terhandal Kawasaki Ninja 250 ini? Seperti yang diiklankan, tempah segera Yamaha YZF-R25 kerana berkemungkinan ianya akan kehabisan stok apabila berada di pasaran nanti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here