Isuzu Malaysia lancar ISUZU D-MAX DIABLO dengan penampilan lebih ranggi

0
219

Isuzu D-MAX Diablo

Pada 13 Mac 2015 yang lepas, Isuzu Malaysia secara rasminya melancarkan varian terbaharunya ISUZU D-MAX DIABLO yang tampil dengan penampilan luaran dan dalaman yang begitu ranggi.

Dua varian ditawarkan sama ada DIABLO 3.0L 4×4 atau DIABLO 2.5L 4×4, masing-masing hanya dipadankan transmisi automatik sahaja tanpa pilihan transmisi manual. Untuk varian 3.0L, kuasa yang dihasilkan setinggi 177PS (380Nm), dan 136PS (320Nm) untuk varian 2.5L.

ISUZU D-MAX DIABLO Retail Price with GST

Selaras dengan pengenalan cukai GST bermula 1 April 2015, harga untuk ISUZU D-MAX DIABLO 3.0L 4×4 ialah RM116,958.16, manakala ISUZU D-MAX DIABLO 2.5L 4×4 berharga sebanyak RM110,142.40 (harga OTR yang disyorkan termasuk insuran dan GST 6%, untuk pendaftaran individu, Semenanjung Malaysia).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here