Honda HR-V diterima baik oleh pasaran, lebih 10,000 unit tempahan diterima sejak ianya dilancarkan

0
80

Honda HR-V (001)

Dilancarkan pada 5 Februari 2015 yang lepas, SUV bersaiz kompak Honda HR-V ternyata diterima dengan baik oleh pasaran tempatan. Setakat ini menurut Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia), lebih 10,000 unit tempahan telah diterima, menjadikan tempoh menunggu untuk model tersebut kini lebih lama.

Syarikat tersebut bagaimanapun telah mengambil beberapa langkah perlu untuk memaksimumkan pengeluaran HR-V bagi memendekkan tempoh menunggunya. Honda CR-V dan HR-V serba baharu buat masa ini merupakan peneraju di dalam segmen SUV, diikuti oleh model City, Jazz, Civic dan Accord yang menjadi peneraju di dalam segmen masing-masing untuk bulan Januari dan Februari 2015.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Mr. Yoichiro Ueno, dilaporkan berkata baru-baru ini bahawa mereka telah menetapkan sasaran untuk menjual sehingga 85,000 unit kenderaan tahun ini. Pada tahun lepas, Honda Malaysia telah melepasi jangkaan jualan 76,000 unit dengan mencapai jualan sebanyak 77,485 unit.

Honda HR-V serba baharu untuk pasaran Malaysia ditawarkan dalam tiga varian, Honda HR-V 1.8L S, Honda HR-V 1.8L E, dan Honda HR-V 1.8L V. Model berkenaan dikuasakan enjin 1.8 liter (4 Cylinders, 16 Valve, SOHC i-VTEC) yang menghasilkan kuasa maksimum 142PS @ 6,500rpm dengan tork maksimum 172Nm @ 4,300rpm. Enjin tersebut kemudiannya dipadankan transmisi CVT (Continuous Variable Transmission).

Berikut ialah senarai harga terkini untuk Honda HR-V serba baharu untuk pasaran Malaysia. Senarai harga tersebut adalah harga di atas jalan termasuk insuran dan cukai GST sebanyak 6 peratus (On the Road Price with Insurance, Inclusive GST 6%).

  • Honda HR-V 1.8L S : RM98,689.80
  • Honda HR-V 1.8L E : RM108,026.50
  • Honda HR-V 1.8L V : RM118,228.50

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here