MPV terbaharu Chery Maxime kini di pasaran Malaysia

0
407

Chery Maxime launched

Pada penghujung Januari 2015 yang lalu, Chery Automobile (M) Sdn Bhd secara rasminya melancarkan MPV terbaharunya yang dikenali dengan nama Chery Maxime. Model tersebut merupakan tambahan kepada sebuah lagi MPV keluaran Chery yang begitu popular di pasaran tempatan iaitu Chery Eastar.

Chery Maxime dikuasakan enjin empat silinder 2.0 liter DVVT dengan kuasa kuda maksimum 136hp @ 5,750rpm, sementara tork puncaknya berjumlah 182Nm @ 4,300 – 4,500rpm. Sistem transmisi yang disediakan pula daripada jenis automatik CVT dengan nisbah tujuh kelajuan bersama-sama mod manual (Manual Mode).

Ciri-ciri keselamatan yang didatangkan untuk Chery Maxime seperti dua beg udara, ABS dan EBD, brek cakera untuk kesemua roda, tali keledar keselamatan (Pre-tensioner safety belts for maximal safety) dan ISOFIX (child seat safety latching system). Chery Maxime ditawarkan dalam pilihan enam warna luaran seperti ‘Snow White’, ‘Sapphire Silver’, ‘Chilli Red’, ‘Sunbeam Silver’, ‘Mystic Black’ dan ‘Brown Silver’.

Untuk pasaran Malaysia, Chery Maxime didatangkan dalam pilihan dua varian iaitu Standard dan Premium. Harga yang ditawarkan untuk Chery Maxime Standard bermula dari RM86,800.00 untuk warna Solid, diikuti RM87,400.00 untuk Metallic dan RM87,750.00 untuk warna Chilli Red.

Manakala untuk varian Premium, harga yang ditawarkan ialah sebanyak RM93,800.00 (Solid), RM94,400.00 (Metallic) dan RM94,750.00 (Chilli Red). Kesemua harga yang dinyatakan tersebut adalah harga di atas jalan termasuk GST dengan insuran (On The Road Price Including GST With Insurance), berkuatkuasa dari 1 April 2015 (Semenanjung Malaysia).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here