Chevrolet Spark 2016 serba baharu diperkenalkan

0
60

The all-new 2016 Chevrolet Spark

Chevrolet baru-baru ini memperkenalkan Spark 2016 serba baharu, sebuah model kompak bertaraf global yang menerima rekaan terkini menyeluruh dan lebih sofistikated.

Ia menawarkan tahap kecekapan bahan api yang lebih baik, bersama-sama ciri-ciri keselamatan dan sistem penyambungan terbaharu. Sebagai sebuah model Chevrolet paling global, Spark 2016 akan ditawarkan di lebih 40 buah negara di seluruh dunia.

Chevrolet Spark 2016 dikuasakan enjin 1.4 liter serba baharu, yang mana ianya merupakan enjin Ecotec berkapasiti kecil daripada siri keluarga enjin global GM terbaharu. Ia menawarkan kira-kira 98 kuasa kuda (73 kW), peningkatan sehingga 16 peratus berbanding model semasa.

Menurut Chevrolet, enjin tersebut akan bergandingan dengan transmisi manual lima kelajuan atau transmisi automatik CVT (dual-range continuously variable transmission) – memberikan hasil ekonomi bahan api sehingga 40 mpg (on the highway with the available CVT).

Ciri-ciri keselamatan terbaharu yang akan melengkapi Spark 2016 antaranya termasuklah ‘Side Blind Spot Alert’, ‘Lane Departure Warning’ dan ‘Forward Collision Alert’.

Model kompak tersebut juga akan didatangkan dengan skrin sesentuh generasi baharu Chevrolet MyLink berukuran 7 inci (next-generation Chevrolet MyLink with 7-inch-diagonal color touch screen) dan paparan kluster instrumen LCD ‘advanced dot-matrix’.

Chevrolet Spark 2016 serba baharu akan dikeluarkan dari kemudahan pengeluaran GM yang terletak di Changwon, Korea Selatan. Jualannya di pasaran Amerika Syarikat akan bermula dalam suku keempat tahun ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here