Chevrolet perkenal generasi baharu Malibu 2016

0
74

2016 Chevrolet Malibu (001)

Chevrolet memperkenalkan Malibu 2016 serba baharu yang kini tampil lebih besar, lebih berteknologi dan lebih efisien. Model sedan tersebut akan menawarkan tahap kecekapan bahan api terbaik, sistem penyambungan dan ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih berbanding sebelumnya.

Sistem penjana kuasa hibrid serba baharu yang mendapat manfaat daripada teknologi model eletrik Chevrolet Volt, akan memastikannya mencatatkan keupayaan ekonomi bahan api anggaran sekitar 48 mpg untuk pemanduan bandar, 45 mpg untuk lebuhraya – dan 47 mpg untuk pemanduan yang digabungkan; keputusan yang tiada tandingan di dalam segmennya.

Chevrolet Malibu 2016 serba baharu turut menawarkan enjin bersesaran 1.5 liter turbo (160hp & 250Nm) yang mensasarkan catatan 37 mpg untuk pemanduan di lebuhraya. Menurut pengeluarnya, Malibu 2016 kini mempunyai ukuran lebih panjang dan lebih ringan, dengan ruang dalaman yang lebih luas dan kecekapan bahan api yang dipertingkatkan. Jarak roda kini bertambah hampir empat inci (101 mm), dan ianya hampir 136 kg lebih ringan berbanding model semasa.

Selain enjin empat silinder 1.8 liter serba baharu dengan sistem suntikan terus yang dipadankan dua unit motor (diubahsuai sedikit daripada unit pacuan Chevrolet Volt 2016) yang menjana kuasa varian Malibu Hybrid, serta enjin 1.5 liter turbo, juga tersedia pilihan enjin 2.0 liter turbo dengan kuasa kuda 250hp dan tork maksimum 350Nm. Enjin tersebut dijangka merekodkan tahap kecekapan 22 mpg untuk pemanduan bandar dan 32 mpg untuk lebuhraya.

Sistem transmisi automatik lapan kelajuan yang dibangunkan serba baharu oleh GM – transmisi automatik lapan kelajuan pertama GM yang memacu kenderaan pacuan roda depan – menyumbang kepada keseimbangan di antara prestasi dan efisiensi untuk model 2.0 turbo. Model 1.5 liter turbo dipadankan transmisi automatik enam kelajuan.

Selain memperkenalkan ciri terbaharu ‘Teen Driver’ dan 10 beg udara standard, ciri-ciri keselamatan aktif yang melengkapi Malibu 2016 termasuklah ‘Front Pedestrian Alert’, ‘New Lane Keep Assist with Lane Departure Warning’, ‘Side Blind Zone Alert with Lane Change Alert’, ‘New Forward Collision Alert with Following Distance Indicator’, ‘Rear Cross Traffic Alert’, ‘Front and Rear Park Assist’, ‘Intellibeam’, ‘Adaptive Cruise Control with Front Automatic Braking’ dan ‘Automatic Parking Assist’.

Untuk pasaran Amerika Syarikat, Malibu 2016 serba baharu akan ditawarkan dalam pilihan model L, LS, LT dan Premier, disertai model Hybrid. Ianya akan dikeluarkan dari kilang pemasangan Fairfax milik GM yang terletak di Kansas City, Kansas. Chevrolet Malibu 2016 serba baharu akan memulakan jualannya mulai suku keempat 2015.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here