Model konsep Lincoln Continental dipamerkan di New York International Auto Show 2015

0
109

2015-Lincoln-Continental-Concept-001

Beberapa hari yang lepas, penulis dapati beberapa keping gambar yang dikatakan sebagai lakaran model konsep Proton Perdana serba baharu telah menjadi viral di dalam laman Facebook.

Sebenarnya, lakaran yang dihasilkan tersebut telah diubahsuai berdasarkan gambar-gambar model konsep Lincoln Continental terbaharu yang ketika ini sedang dipamerkan kepada umum di New York International Auto Show 2015 (3 – 12 April 2015).

Model konsep Lincoln Continental 2015 merupakan bayangan kepada model sedan serba baharu mewah bersaiz penuh yang bakal diperkenalkan untuk pasaran di Amerika Syarikat mulai tahun depan.

Ianya akan dikuasakan enjin 3.0 liter V6 EcoBoost secara eksklusif, dengan turut menampilkan teknologi ‘Lincoln Drive Control ride-enhancing’ dan ‘Adaptive Steering’. Kereta tersebut berdiri di atas rim roda ‘polished-aluminum, painted-pocket’ bersaiz 21 inci.

Berbalik kepada lakaran Proton Perdana serba baharu versi Lincoln Continental Concept yang menjadi viral itu, mungkin ianya memberikan gambaran bahawa ramai peminat Proton yang ternanti-nantikan ketibaan generasi terkini model berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here