Yamaha YZF-R3 untuk pasaran Thailand

0
589

Yamaha-YZF-R3-brochure-Thailand-001

Pada awal Februari 2015 yang lalu, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) telah memperkenalkan model terbaharunya Yamaha YZF-R25 untuk pasaran Malaysia. Model dengan enjin 250cc yang dinanti-nantikan itu dikatakan bakal berada di pasaran tempatan secara rasmi dalam bulan April ini.

Sementara menantikan ketibaannya, apa kata kita lihat dahulu perkembangan model yang hampir sama untuk pasaran negara jiran Thailand. Untuk pasaran Thailand, Yamaha telah memperkenalkan model YZF-R3 dengan enjin 321cc, seperti mana anda boleh lihat dalam paparan ‘brochure’ yang penulis siarkan dalam galeri di bawah.

Secara teorinya, Yamaha YZF-R3 sudah tentu mempunyai kelebihan dari segi kuasa enjin berbanding Yamaha YZF-R25, namun mungkin disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan, pasaran Malaysia bukanlah pasaran yang ideal untuk menerima kemasukan model motosikal dengan enjin 300cc.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here