Tempahan dibuka untuk Mitsubishi Triton serba baharu

0
349

Mitsubishi Triton serba baru

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan berjenama Mitsubishi di Malaysia baru-baru ini mengumumkan tempahan untuk model Mitsubishi Triton serba baharu kini telah dibuka menjelang pelancaran rasminya dalam bulan Mei depan.

Menurut sejarahnya, Mitsubishi Motors Corporation (MMC) telah menghasilkan kenderaan pikap sejak 36 tahun yang lalu, sejak tahun 1978, dan sehingga kini syarikat itu telah menjual lebih empat juta unit di pasaran seluruh dunia. Di pasaran Malaysia, Triton telah dimiliki oleh 55,000 pemilik yang berbangga dengannya sejak ianya dilancarkan pada tahun 2006.

Menurut MMM, Triton serba baharu yang merupakan generasi kelima di dalam siri tersebut, telah dibangunkan berdasarkan konsep ‘Smart Utility Truck’ dengan rekaan terbaharu dan ciri-ciri yang dipertingkatkan, di samping hadir dengan ciri-ciri kejuruteraan yang lebih kukuh.

Mitsubishi Triton serba baharu untuk pasaran Malaysia diimport dari hab pengeluaran serantau MMC untuk model berkenaan yang terletak di negara jiran Thailand, sebagai kenderaan bertaraf ‘Completely Built-Up’ (CBU). Pasaran Malaysia akan ditawarkan lima pilihan varian termasuk harga jangkaan seperti berikut (termasuk insuran dan GST untuk pendaftaran individu, Semenanjung Malaysia) :

Senarai varian dan harga Mitsubishi Triton 2015 serba baru

Triton serba baharu dikuasakan sistem ‘powertrain’ yang telah dipertingkatkan kemampuannya, termasuk pilihan enjin turbodiesel 2.5 liter VGT 4-silinder yang mengeluarkan kuasa maksimum 178PS @ 4,000rpm. Tork maksimum telah ditingkatkan daripada 350Nm ke 400Nm @ 2,000rpm.

Sama seperti generasi sebelumnya yang telah menetapkan standard terbaharu di dalam segmen pikap, Triton serba baharu turut didatangkan dengan ciri-ciri pertama di dalam kelasnya seperti sistem penghidup enjin ‘Push Start Button’, ‘Keyless Entry’, ‘Xenon HID Headlamps with integrated Day Running Lights’, ‘Tilt and Telescopic Steering’ dan ‘Paddle Shifters’ untuk kawalan manual bagi transmisi automatik apabila dikehendaki pemandunya.

Menurut MMM lagi, Triton serba baharu juga direka dengan ciri aerodinamik yang terbaik di dalam kelasnya dengan kadar kesan seretan (co-efficient drag) pada ukuran hanya 0.42. Ciri-ciri termaju lain antaranya termasuk ‘Dual-Zone Climate Control’, sistem ‘4WD Selector that allows shift-on-the-fly’ (4H, 4L or 2H), sistem audio ‘Touchscreen’ dengan kamera undur, ‘auto headlamps’ dan ‘auto wipers’ yang beroperasi secara automatik apabila diperlukan.

Sementara menantikan tibanya tarikh pelancaran rasminya pada bulan depan, rakyat Malaysia berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat Mitsubishi Triton serba baharu melalui siri jelajah ‘teaser displays’ yang dianjurkan oleh MMM di bandar-bandar utama di seluruh negara dalam bulan April ini. Senarai lokasi dan tarikh jelajah tersebut boleh dilihat dalam jadual di bawah :

Roadshow Mitsubishi Triton 2015 serba baharu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here