Ford Focus RS 2016 melakukan debut di Amerika Utara melalui penampilan di NYIAS 2015

0
285

2016 Ford Focus RS (001)

Ford Focus RS 2016 serba baharu secara rasminya muncul di Amerika Utara melalui penampilannya di pameran automotif New York International Auto Show 2015. Model berprestasi tinggi itu sebelum ini melakukan debut dunia pertama di Geneva Motor Show 2015 yang berlangsung pada bulan Mac yang lepas.

Generasi ketiga model berkenaan kini dikuasakan enjin 2.3 liter EcoBoost yang menghamburkan kuasa kuda sehingga 315hp, bersama-sama sistem brek Ford RS yang paling berkuasa setakat ini. Selain itu, Focus RS 2016 turut memiliki sistem berteknologi tinggi ‘Ford Performance All-Wheel Drive’ yang inovatif untuk pengambilan selekoh yang lebih mengujakan.

Lebih dari itu, ianya merupakan model Ford RS pertama yang dilengkapi mod pacuan pilihan, termasuk mod ‘drift’ yang pertama di dalam industri di samping sistem ‘launch control’.

Menurut Ford, para pelanggan mereka di Amerika Syarikat telah lama mengharapkan model Focus RS dibawa masuk ke pasaran sana, dan kini mereka mempunyai pilihan untuk memiliki sebuah jentera paling inovatif, berkuasa dan mempunyai penampilan RS yang boleh dikatakan paling menawan.

Ford Focus RS 2016 serba baharu merupakan model pertama yang akan dikeluarkan dari kilang pemasangan Ford di Saarlouis, Jerman untuk kesemua pasarannya. Jualan di pasaran Amerika Utara telah ditetapkan bermula dalam musim bunga 2016.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here