Perodua lancar Myvi 2015 versi diperbaharui (new facelift model)

0
224

Pelancaran Perodua Myvi 2015

Pada pertengahan Januari 2015 yang lalu, Perodua telah melancarkan Myvi 2015 versi diperbaharui (new facelift model) untuk pasaran tempatan. Sama seperti model terdahulu, Perodua Myvi 2015 ditawarkan dalam dua varian, masing-masing dengan enjin bersesaran 1.3 liter dan 1.5 liter.

Bagi model Perodua Myvi 2015 dengan enjin 1.3 liter, tiga varian ditawarkan untuk para pelanggan iaitu Myvi 1.3 Standard G MT (transmisi manual), Myvi 1.3 Standard G AT (transmisi automatik), serta varian teratas Myvi 1.3 Premium X AT (transmisi automatik).

Untuk model Perodua Myvi 2015 dengan enjin 1.5 liter pula, ianya turut tersedia dalam pilihan tiga varian yang berbeza. Varian pertama ialah Myvi 1.5 SE MT (transmisi manual), diikuti varian kedua 1.5 SE AT (transmisi automatik), dan yang ketiga ialah varian dengan spesifikasi paling lengkap Myvi 1.5 Advance (transmisi automatik).

Menurut Perodua, Myvi 2015 terbaharu kini telah menerima penarafan keselamatan 4 Bintang daripada ASEAN NCAP (New Car Assessment Programme for Southeast Asia), menjadikannya lebih selamat untuk pemandu dan penumpang.

The new 2015 Perodua Myvi

Selain itu, Perodua Myvi 2015 juga tampil dengan dua pilihan warna metalik baru yang begitu menyerlah, iaitu Electric Blue (untuk varian SE dan Advance) dan Cosmic Gold (untuk varian Standard G dan Premium X). Warna-warna luaran lain yang tidak kurang menariknya ialah Ozzy Orange, Mystical Purple, Glittering Silver dan Ivory White (Solid).

Dengan meletakkan sasaran untuk menjual kira-kira 6,000 unit Perodua Myvi 2015 pada setiap bulan, harga yang ditawarkan untuk model berkenaan kini lebih mampu milik bermula di antara dari RM41,500 sehingga RM58,900. Di bawah berikut ialah senarai penuh harga Perodua Myvi 2015 bagi setiap varian.

  • Perodua Myvi 1.3 Standard G MT : RM41,500.00 (Solid), RM41,900.00 (Metalik)
  • Perodua Myvi 1.3 Standard G AT : RM44,500.00 (Solid), RM44,900.00 (Metalik)
  • Perodua Myvi 1.3 Premium X AT : RM47,500.00 (Solid), RM47,900.00 (Metalik)
  • Perodua Myvi 1.5 SE MT : RM50,500.00 (Solid), RM50,900.00 (Metalik)
  • Perodua Myvi 1.5 SE AT : RM53,500.00 (Solid), RM53,900.00 (Metalik)
  • Perodua Myvi 1.5 Advance : RM58,500.00 (Solid), RM58,900.00 (Metalik)

Kesemua harga yang dinyatakan di atas adalah harga di atas jalan termasuk kos insuran (all prices shown are OTR inclusive of insurance), untuk pasaran di Semenanjung Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here