Yamaha lancar Exciter 150 Fi untuk pasaran Vietnam

0
282

Yamaha Motor Vietnam baru-baru ini secara rasminya telah melancarkan model terbaharu Yamaha Exciter 150 Fi, yang kini telah menerima naik taraf enjin terkini kepada kapasiti 150cc berbanding model terdahulu dengan enjin 135cc.

Yamaha Exciter 150 Fi menampilkan enjin 150cc dengan sistem sejukan cecair (liquid-cooled) bersama-sama sistem suntikan terus (fuel-injected engine), untuk prestasi dan tahap ekonomi yang lebih baik. Model tersebut dikilangkan dan dijual oleh Yamaha Motor Vietnam untuk pasaran di negara berkenaan.

Berdasarkan sejarah, Yamaha Exciter 135cc diperkenalkan di pasaran dalam tahun 2005, dan kemudiannya disusuli oleh generasi kedua pada tahun 2011. Yamaha Exciter 150 Fi merupakan generasi yang ketiga untuk barisan model tersebut, yang ternyata sangat popular di rantau ASEAN.

Setakat ini dijangkakan Yamaha Exciter 150 Fi akan masuk ke pasaran Indonesia dengan nama Yamaha Jupiter MX King, sementara pasaran Malaysia akan menyaksikannya dikenali dengan nama Yamaha 150LC Fi. Nama-nama lain untuk model tersebut ialah Yamaha Spark (Thailand) dan Yamaha Sniper (Filipina).

Untuk melihat lebih banyak gambar-gambar menarik Yamaha Exciter 150 Fi, anda boleh layari laman-laman berikut melalui link yang disediakan di bawah;

  • Gallery : Yamaha Exciter 150 RC 2015 launched in Vietnam
  • Gallery : Yamaha Exciter 150 GP 2015 launched in Vietnam
  • Video : Yamaha Exciter 150 Fi – “The King of Street”
  • Gallery : Yamaha Exciter 150 Fi YZR-M1 Version

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here