Lexus RC 350 ditawarkan untuk pasaran Malaysia

0
100

Lexus RC 350 ialah sebuah kereta sport dua pintu berprestasi tinggi yang kini turut ditawarkan di pasaran Malaysia. Ianya dikuasakan enjin V6 bersesaran 3.5 liter dengan hamburan kuasa 312hp @ 6,400rpm dengan tork maksimum 378Nm @ 4,800rpm.

Dipadankan transmisi automatik lapan kelajuan (8-speed Sport Direct Shift A/T), Lexus RC 350 mampu memecut dari 0 ke 100km/j dalam tempoh masa hanya 6.3 saat, sebelum mencecah kelajuan maksimum sehingga 230km/j.

Lexus RC 350 untuk pasaran tempatan hanya ditawarkan dalam satu varian tunggal iaitu Luxury. Model yang diperkatakan itu dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan terbaik antaranya adalah seperti berikut :

  • Vehicle Dynamic Integrated Management (VDIM)
  • Anti-Lock Braking System (ABS)
  • Brake Assist (BA)
  • Vehicle Stability Control System (VSC)
  • Traction Control (TRC)
  • Electronic Brake-Force Distribution (EBD)
  • Tire Pressure Warning System (TPWS)
  • Blind Spot Monitor (BSM) with Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Clearance & Back Sonar
  • Hill-Start Assist Control
  • 8 Airbags (With Kneebags)

Didatangkan dengan pilihan empat warna luaran seperti ‘Radiant Red Contrast Layering’, ‘Starlight Black Glass Flake’, ‘Sonic Titanium’ dan ‘White Pearl Crystal Shine’, model sporty dan bergaya itu boleh dimiliki pada harga RM526,000.00 tanpa insuran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here