Tempahan Perodua Axia kini 62,000 unit sejak 15 Ogos 2014

0
69

Sejak pelancarannya pada 15 Ogos 2014, Perodua Axia terus mendapat sambutan hangat dari pembeli. Menurut laporan, jumlah tempahan keseluruhan untuk model kompak jimat petrol tersebut kini telah mencapai angka 62,000 unit.

Penghantaran yang berjaya dilakukan kepada pelanggan setakat ini pula ialah sebanyak 26,000 unit, di mana Perodua berusaha keras meningkatkan jumlah pengeluaran demi memendekkan masa menunggu pelanggan.

Selaras dengan sambutan menggalakkan yang diterima untuk Axia, Perodua mengunjurkan jualan keseluruhannya tahun ini akan meningkat melebihi 195,000 unit. Jumlah tersebut realistik dengan sambutan semasa yang diterima oleh Axia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here