NAZA Premira lancar Aprilia Shiver 750 CKD

0
108

NAZA Premira Sdn Bhd, pengedar rasmi motosikal berjenama Aprilia di pasaran Malaysia, baru-baru ini telah melancarkan Aprilia Shiver 750 edisi pemasangan tempatan.

Model CKD (Completely Knocked Down) berkenaan terhasil daripada kerjasama di antara Piaggio Group dari Itali dengan NAZA Premira, di mana ianya akan dikeluarkan daripada fasiliti pengeluaran NAZA Bikes Sdn Bhd di Shah Alam mulai awal 2015.

Antara fakta menarik mengenai Aprilia Shiver 750 CKD ialah ini merupakan kali pertama model tersebut di pasang di luar Itali, bagaimanapun unit-unit yang dikeluarkan itu hanya khusus untuk pasaran Malaysia buat masa ini.

NAZA Premira yakin Aprilia Shiver 750 CKD akan diterima baik oleh pasaran, dengan jangkaan jualan sekurang-kurangnya 600 unit dalam tahun 2015. Aprilia Shiver 750 CKD ditawarkan pada harga RM43,888.00 (Nett Selling Price) dengan dua tahun jaminan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here