Nissan Teana terima penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP

0
71

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) pada 3 Disember 2014, telah mengumumkan model ‘flagship’ Nissan Teana telah mencatat sejarah sebagai kereta pertama yang mencapai markah penuh (16.00) untuk kategori ‘Adult Occupant Protection’ (AOP).

Di samping itu, ia juga menjadi kereta pertama yang mencapai penarafan 5-Bintang untuk kategori ‘Child Occupant Protection’ (COP) dengan mematuhi 88 peratus piawaian yang ditetapkan oleh ‘ASEAN New Car Assessment Programme’ (NCAP).

Penyampaian anugerah tersebut diadakan di Ekspo Motor Antarabangsa Thailand 2014 (Thailand International Motor Expo 2014) di Bangkok pada 2 Disember 2014, oleh Pengerusi ASEAN NCAP, Prof. Dr. Wong Shaw Voon kepada En. Hiroyuki Yoshimoto, Presiden Nissan Motor Thailand Co., Ltd.

Merupakan sebuah model yang menempa kejayaan di peringkat global, generasi ketiga Nissan Teana ketika ini telah terjual lebih daripada 600,000 unit di pasaran seluruh dunia sejak ianya dilancarkan di pasaran China dalam bulan Februari 2013.

Nissan Teana didatangkan dengan enam beg udara SRS dan ‘Seatbelt Reminder’ (SBR) untuk pemandu dan penumpang depan, sistem Electronic Stability Control Nissan yang dikenali sebagai VDC (Vehicle Dynamic Control), TCS (Traction Control System), dan AUC (Active Understeer Control) untuk membantu pemandu mengawal kenderaan sewaktu dalam situasi kecemasan.

En. Tan Keng Meng, Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, melahirkan kegembiraannya di atas akreditasi keselamatan ASEAN NCAP tersebut. “Kami benar-benar gembira dengan pengakuan yang diberikan, kerana kesejahteraan dan keselamatan para penumpang kami sentiasa menjadi keutamaan kami di ETCM. Pencapaian ini mengukuhkan lagi komitmen kami untuk terus meningkatkan keselamatan dan prestasi kereta Nissan di jalan raya Malaysia,”.

Unit ujian perlanggaran Teana, sungguhpun dipasang di Thailand, membawa spesifikasi yang sama dengan Teana yang dipasang oleh Tan Chong Motor Assemblies (TCMA), dan dijual di pasaran Malaysia oleh ETCM.

Pencapaian tersebut tiba selepas Teana menerima pengiktirafan terkini, di mana ia memenangi anugerah ‘Executive Car of the Year’ dalam penganjuran acara berprestij ‘NST-Maybank Car of the Year 2014 Awards’.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here