Proton Iriz rangkul dua anugerah berprestij ‘NST-Maybank Car Of The Year Awards 2014’

0
79

Pengeluar automotif nasional Proton Holdings Bhd (Proton) baru-baru ini telah berjaya merangkul dua anugerah berprestij di ‘NST-Maybank Car Of The Year Awards 2014’ untuk model kompak terbaharunya, Proton Iriz.

Acara tersebut berlangsung di Subang dengan kira-kira 70 buah kereta dicalonkan untuk 18 kategori. Proton Iriz menang kategori ‘Compact Hatchback’ dan ‘People’s Choice Award’. Mengulas tentang kemenangan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, En. Norzahid Mohd Zahudi berkata;

“We would like to thank NST and fellow Malaysians for the selection. PROTON couldn’t be more proud of our most technologically advanced baby to-date and the awards reinforce our goal to produce quality cars with continuous improvements to our technological capabilities,”.

Sejak bermulanya acara ‘NST Car of the Year Award’ pada tahun 2002, Proton telah berjaya menang dalam pelbagai kategori. Ini termasuklah Proton Saga SV dan Suprima S dalam tahun 2013, Exora dalam 2009, Proton Saga dalam 2008 dan Proton Savvy dalam 2006.

“We have through the years worked closely with the media and our customers, and gathered constructive criticisms on our products. We received many positive feedback for Proton Iriz since it was launched end of September, while we have also taken the necessary steps to improve the final product that was delivered to our customers. With this win, we hope more people will come to our showrooms nationwide to test-drive the car and experience it for themselves,” tambah Norzahid lagi.

Secara kebetulan, Proton ketika ini sedang menjalankan promosi khas Jualan Akhir Tahun dan para pemilik baru Iriz akan menikmati jaminan pembuatan (manufacturing warranty) sehingga lima (5) tahun atau 150,000km (whichever comes first), dan tiga (3) tahun atau 100,000km servis percuma (whichever occurs first).

Jaminan pembuatan tersebut membuktikan bahawa Proton Iriz merupakan kereta yang paling selamat di dalam kategorinya dan dijual pada harga yang sangat berpatutan berbanding dengan kereta kompak jenama lain.

Proton Iriz telah menerima pengiktirafan 5-Bintang daripada ASEAN NCAP dan dilengkapi ciri-ciri keselamatan terkini seperti Vehicle Dynamic Control (VDC) yang terdiri daripada ABS (anti-lock braking system) dan EBD (electronic brake-force distribution), BA (Brake Assist), TCS (Traction Control System), ESC (Electronic Stability Control) dan ‘hill-hold assist’ selain ciri ‘ISOFIX with top tether’.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here