Spyshot lebih jelas Proton Suprima S Standard

0
171

Baru kelmarin kita melihat spyshot pertama Proton Suprima S Standard, hari ini beberapa keping lagi gambar spyshot model berkenaan telah didedahkan di dalam internet. Lebih dari itu, gambar-gambar yang dirakamkan kali ini lebih jelas tanpa ‘camouflage’.

Proton Suprima S Standard berwarna merah yang dirakamkan ini ternyata berbeza apabila dibandingkan dengan Suprima S varian sebelumnya (Executive, Premium dan Super Premium), di mana ianya kini didatangkan dengan rim sukan Proton Preve.

Menurut maklumat awal yang diperolehi, Proton Suprima S Standard tidak akan dilengkapi beberapa aksesori dan spesifikasi, namun enjin turbonya dengan transmisi CVT telah dikekalkan. Bagaimanapun, maklumat sebenar mengenai spesifikasinya hanya akan dapat diketahui dengan tepat sewaktu hari pelancaran nanti yang bakal diadakan Sabtu depan.

Varian terbaharu Proton Suprima S Standard dijangka akan ditawarkan pada harga yang lebih rendah agar lebih ramai pelanggan yang mampu memilikinya. Ramalan penulis, harga yang akan ditawarkan untuknya dijangka lebih rendah kira-kira RM10,000.00.

Sumber : Funtasticko.net

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here